Search This Blog

Loading...

Sunday, January 29, 2012

Notis : Pindah Rumah

Salam semua, terima kasih kerana sudi singgah, untuk makluman semua, sekarang saya telah berpindah ke http://blog.chefamer.com & lawat lah juga web saya di http://www.chefamer.com. Kita jumpa di sana ya....

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru



Salam semua....kita baru je melangkah ke tahun baru 2011, didoakan anda semua sentiasa diberi kesihatan, kekayaan, kejayaan, kebahagian & keberkatan olehNYA. Tentu banyak kenangan pahit manis yg telah kita tinggalkan sepanjang tahun lepas, bagi saya memang banyak perkara & peristiwa yg berlaku...apa yg penting, mana yang baik kita jadikan panduan nuntuk terus berjaya & mana yg buruk kita jadikan sempadan / iktibar untuk memperbaiki pd masa akan dtg.

Tahun 2011 ini saya mulakan dengan berita yg amat baik dengan tersenarai sebagai antara 9 CHEF ternama Malaysia, bukan lah untuk membangga diri, tetapi ia sebagai satu amanah yg cukup berat untuk sy gandakan usaha sy dalam membantu saudara, sahabat handai dan insan-insan diluar sana. Dengan wujudnya Chef Amer Academy, Saya akan terus membantu mereka dalam menyampaikan ilmu dlm bidang apa yg saya tahu untuk mereka meningkatkan taraf hidup, menjadi lebih baik & mahir, lebih berkeyakinan serta berjaya dlm kehidupan.

Di akademi ini saya akan menawarkan kursus-kursus dalam bidang pembuatan coklat, kek & biskut, roti & masakan. Semua modul-modul telah saya siapkan, cuma perlukan sedikit masa lagi dalam menyusun jadual latihan. Diharapkan saya akan mendapat sokongan dari rakan-rakan semua dalam melaksakan impian & azam saya sepanjang tahun ini. Saya juga harapkan agar saya mempunyai lebih banyak waktu untuk berkongsi ilmu & pengalaman di ruangan ini.

Thursday, May 13, 2010

Koko Anugerah Semula Jadi


Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji daripada Theobroma cacao atau dikenali sebagai koko, iaitu bahan asli dan utama dalam penghasilan coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan dan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari (juga digilai) oleh hampir setiap orang di seluruh dunia. Coklat juga telah melepasi garisan sempadan geografi, budaya, agama, etnik, jantina dan usia. Tanyalah dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah warga emas sekali pun, memang ramai yang menjadi peminatnya.

Theobroma yang bermaksud 'makanan dewata / tuhan' bermula sejak 600 tahun sebelum Masihi di Lembah Amazon dan ditemui oleh Kaum Mayan yang kemudiannya memperkenalkannya kepada Kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan. Ketika itu biji koko telah digunakan sebagai matawang ( sebutir biji koko beleh ditukarkan dengan sebiji cili / tomato, 3 biji koko ditukarkan dengan sebiji telur, 10 biji koko ditukarkan dengan seekor arnap / (burung ??..ha..haa) , 150 biji boleh ditukarkan dengan seorang HAMBA...& bayangkan kalau saya ada seguni biji koko...berapa orang yang saya boleh beli..?? kayo pakcik..!!)


Pada tahun 1502, ketika Christopher Colombus mendarat di Mexico, dia telah diperkenalkan oleh raja Aztec iaitu Raja Moctezuma minuman koko Xocolatl, dan bermulalah evolusi koko bila dia dibawa balik ke Eropah, dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia.

Wednesday, May 12, 2010



Selamat datang & terima kasih kerana sudi singgah ke chefamer.blogspot.com. Saya Amer Hamzah Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Chef Amer akan bercerita mengenai makanan kegemaran ramai orang...iaitu COKLAT !!

Berapa ramai daripada anda yang suka makan coklat ? (Sila angkat tangan kanan), Berapa ramai daripada anda yang nak tahu pasal coklat ? (Sila angkat tangan kiri) dan berapa ramai daripada anda yang nak kedua-duanya sekali ? (Sila angkat kedua-dua tangan). Terima kasih...& tahniah..anda memang berada di blog yang betul!

Saya pasti memang ramai rakyat Malaysia yang memang suka dan tergila-gilakan coklat..(Gila pun tak macam tu). Tetapi berapa ramai yang tahu asal usul coklat, bagaimana rupa buah koko, dari mana datangnya buah itu, bagaimana dia diproses sehingga menjadi coklat, apa bahan yang menjadikan coklat tu sedap, cara & tip nak memilih coklat yang sedap & berkhasiat dan macam-macam lagi persoalan....

Bagi sesiapa yang teringin membuat coklat sendiri / yang pernah / yang telah / yang sedang / yang akan membuat coklat , pasti ramai yang menghadapi masalah dimana nak dapatkan coklat blok yang baik, masalah coklat berketul, masalah coklat tak berkilat, coklat tak nak keras, coklat terlalu keras, coklat menjadi pekat dan beribu persoalan lagi yang tidak terungkai...

Tentu ramai jugak daripada anda yang suka makan coklat...tetapi ragu-ragu tentang status halalnya, rasa coklat yang tidak menepati citarasa anda (samaada terlalu manis / terlalu pahit), takut kepada paras gula yang tinggi disebabkan masalah diabetik, takut menjadi gemuk, tak tahu cara membuatnya.....

Jadi..bermula dari siri pertama ini...( mulanya...disini...)saya merungkai satu persatu permasalahan tersebut. Saya akan bercerita dan berkongsi pengalaman saya yang baru sahaja 17 tahun didalam industri koko & coklat. Selamat datang ke ' Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer'.........