Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

Koko Anugerah Semula Jadi


Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji daripada Theobroma cacao atau dikenali sebagai koko, iaitu bahan asli dan utama dalam penghasilan coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan dan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari (juga digilai) oleh hampir setiap orang di seluruh dunia. Coklat juga telah melepasi garisan sempadan geografi, budaya, agama, etnik, jantina dan usia. Tanyalah dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah warga emas sekali pun, memang ramai yang menjadi peminatnya.

Theobroma yang bermaksud 'makanan dewata / tuhan' bermula sejak 600 tahun sebelum Masihi di Lembah Amazon dan ditemui oleh Kaum Mayan yang kemudiannya memperkenalkannya kepada Kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan. Ketika itu biji koko telah digunakan sebagai matawang ( sebutir biji koko beleh ditukarkan dengan sebiji cili / tomato, 3 biji koko ditukarkan dengan sebiji telur, 10 biji koko ditukarkan dengan seekor arnap / (burung ??..ha..haa) , 150 biji boleh ditukarkan dengan seorang HAMBA...& bayangkan kalau saya ada seguni biji koko...berapa orang yang saya boleh beli..?? kayo pakcik..!!)


Pada tahun 1502, ketika Christopher Colombus mendarat di Mexico, dia telah diperkenalkan oleh raja Aztec iaitu Raja Moctezuma minuman koko Xocolatl, dan bermulalah evolusi koko bila dia dibawa balik ke Eropah, dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia.

2 comments:

  1. huhuhu chef, update la lagi.saya nak tengok chocolate utk doorgift nie..

    ReplyDelete
  2. salam Chef Amer... saya teringin nak mengaji ngan chef... harap berkesempatan lar.... teringin nak buat chocolate yg high class same macam koleksi chef buat tu...

    ReplyDelete