Search This Blog

Wednesday, May 12, 2010



Selamat datang & terima kasih kerana sudi singgah ke chefamer.blogspot.com. Saya Amer Hamzah Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Chef Amer akan bercerita mengenai makanan kegemaran ramai orang...iaitu COKLAT !!

Berapa ramai daripada anda yang suka makan coklat ? (Sila angkat tangan kanan), Berapa ramai daripada anda yang nak tahu pasal coklat ? (Sila angkat tangan kiri) dan berapa ramai daripada anda yang nak kedua-duanya sekali ? (Sila angkat kedua-dua tangan). Terima kasih...& tahniah..anda memang berada di blog yang betul!

Saya pasti memang ramai rakyat Malaysia yang memang suka dan tergila-gilakan coklat..(Gila pun tak macam tu). Tetapi berapa ramai yang tahu asal usul coklat, bagaimana rupa buah koko, dari mana datangnya buah itu, bagaimana dia diproses sehingga menjadi coklat, apa bahan yang menjadikan coklat tu sedap, cara & tip nak memilih coklat yang sedap & berkhasiat dan macam-macam lagi persoalan....

Bagi sesiapa yang teringin membuat coklat sendiri / yang pernah / yang telah / yang sedang / yang akan membuat coklat , pasti ramai yang menghadapi masalah dimana nak dapatkan coklat blok yang baik, masalah coklat berketul, masalah coklat tak berkilat, coklat tak nak keras, coklat terlalu keras, coklat menjadi pekat dan beribu persoalan lagi yang tidak terungkai...

Tentu ramai jugak daripada anda yang suka makan coklat...tetapi ragu-ragu tentang status halalnya, rasa coklat yang tidak menepati citarasa anda (samaada terlalu manis / terlalu pahit), takut kepada paras gula yang tinggi disebabkan masalah diabetik, takut menjadi gemuk, tak tahu cara membuatnya.....

Jadi..bermula dari siri pertama ini...( mulanya...disini...)saya merungkai satu persatu permasalahan tersebut. Saya akan bercerita dan berkongsi pengalaman saya yang baru sahaja 17 tahun didalam industri koko & coklat. Selamat datang ke ' Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer'.........

5 comments:

  1. Assalamualaikum Chef Amer. Maaf jika komen sy ini mengganggu privasi Chef Amir. Sebenarnya sy berminat untuk menemuramah Chef Amir tentang kejayaan Chef Amer dalam industri pembuatan Handmade Chocolate ini. Kalau boleh sy ingin kepilkan temuramah Chef Amer dan usahawan Handmade Chocolate yg lain untuk dijadikan ebook dan disebarkan secara percuma kepada masyarakat Malaysia yg lain demi memperkenalkan serta mengembangkan industri Handmade Chocolate ini di Malaysia.

    Sy berharap sgt kesudian Chef Amer untuk ditemuramah oleh sy. Harap jawapan yg akan diberikan Chef Amer kelak tidak mengecewakan sy.

    Sekali lagi sy ingin memohon maaf kepada Chef Amer jika komen sy ini mengganggu Chef Amer.

    Sy berharap Chef Amer boleh berikan jawapan kepada sy dalam masa terdekat ini.

    Khairul Akmal Ibrahim
    khai.akmal.s@gmail.com
    http://buatcoklat.co.cc

    ReplyDelete
  2. salam..chef amir..ingat saya lagi tak..staff plaza hotel sekali ngan rose ( skandal chef anuar hahaha gurau je )..aritu chef ada bagi name card tapi hilang..naseb baik saya terjumpa blog chef ni dari k. ita..

    ReplyDelete
  3. salam chef amir...saya minat sangat dgn coklat.saya nak tanya macam mana cara untuk saya dapatkan buku yang bertajuk 'terokai rahsia coklat bersama chef amir'...
    saya dah pergi cari di kedai buku tapi tak ada...saya minat sgt dng buku tu..harap chef amir dapat tolong saya untuk perolehi buku tu..terima kasih..

    ReplyDelete
  4. salam Chef,

    Saya berminat untuk menyertai kursus-kursus yang dijalankan oleh Chef. Di mana saya boleh mendapatkan jadual-jadual kursus yang boleh saya hadiri?

    Terim kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalam chef amer.
    Dimana saya boleh dapatkan buku-buku ttg coklat yg ditulis oleh chef amer? kat kawasan sabah, mcm susah nak cari la chef. harap dpt respon ASAP dr chef. klu perlu order, ok jer :).

    ReplyDelete